Tuesday, 26 June 2012

Penantian




Aku memohon kekuatan dariMu Ya Allah
Berikan aku ketabahan jiwa dan kekuatan iman 
untuk terus ku hadapi setiap rasa perit 
dan kesakitan dari dia yang pernah kucintai


Ya Rabbul Izzati
Kau kurniakan hatiku cahaya 
untuk ku jadikan tongkat menghampiriMu 
Sesungguhnya aku manusia hina 
UjianMu ini tak mampu kutanggung
DugaanMu melalui lelaki ini 
tak dapat aku lalui dengan sepenuh kekuatan


Penantian suatu siksa yang 
tidak tertanggung oleh tubuhku
Kepastian suatu penawar 
dalam suka dan duka yang meniti hidupku
Aku masih di sini 
Aku masih terus menjalani hidupku
mengandaikan tiada kesulitan
tiada kehampaan
tiada kesakitan yang kulalui
walau hakikathanya padaMu tempatku mengadu



Ya RahmanYa Rahim
Rahsia hatiku hanya ada padaMu
Kau pimpinlah tanganku Kau tuntunlah hatiku
yang semakin lemah kerana kasih sayang manusia
yang semakin alpa dengan nikmat dunia
yang semakin hancur kerana kedegilan dan cintaku padanya
Ampunkan hambaMu 
Jauhi dia dariku
Kuatkan hatiku untuk terus berpaling darinya

Ya Allah

Monday, 27 June 2011

Racun untuk terus hidup

Seorang pemuda berjumpa seorang tok guru sambil berkata “Guru, saya sudah bosan hidup, sudah jenuh betul.Rumah tangga saya berantakan. Apa pun yang saya lakukan selalu kacau. Saya ingin mati” guru tersenyum, “oh, kamu sakit”. “tidak guru, saya sihat. Hanya jenuh dengan kehidupan, Itu sebabnya saya ingin mati.” “Kamu sakit, dan penyakitmu itu dikenali sebagai alahan hidup. Kamu alergi terhadap kehidupan.”
 
Sang guru memang benar. Banyak sekali diantara kita yang alah terhadap kehidupan. Kemudian, tanpa disedari, kita melakukan hal-hal yang bertentangan dengan norma kehidupan. Hidup ini berjalan terus. Sungai kehidupan mengalir terus, tetapi kita menginginkan status quo. Kita berhenti dan tidak ikut mengalir. Itu sebabnya kita jatuh sakit, kita mengundang penyakit. Ketahannan kita, penolakan kita untuk mengalir bersama kehidupan membuat kita sakit. Yang namanya usaha pasti ada pasang surutnya. Dalam hal berumah tangga, perselisihan kecil itu lumrah. Persahabatan pun tidak selalunya kekal abadi. Kita tidak menyedari sifat kehidupan. Kita ingin mempertahankan suatu keadaan kemudian kita gagal, kecewa dan menderita.
“Penyakitmu boleh disembuhkan, asal kau ingin sembuh dan bersedia mengikuti petunjukku” Demikian kata guru.”Tidak guru, tidak. Saya sudah betul-betul jenuh. Tidak, saya tidak ingin hidup.” Pemuda itu menolak tawaran guru. “ Jadi kau betul-betul ingin mati?” “ Ya, memang saya sudah bosan hidup.” “Baiklah, kalau begitu esok engkau akan mati. Ambillah ubat ini. Setengah botol diminum malam ini, setengah botol lagi pukul 6 pagi esok. Engkau akan mati dengan tenangnya pada pukul 8 malam.” Pemuda itu pula yang menjadi bingung. Setiap guru yang didatangi selama ini cuba memberinya semangat untuk hidup. Yang satu ini aneh. Dia bahkan menawarkan racun. Tetapi kerana memang sudah betul-betul putus harap, pemuda itu menerimanya dengan senang hati. Pulang ke rumah dia terus menghabiskan setengah botol racun dan dia merasakan ketenangan yang tidak pernah dirasakannya sebelum ini. Begitu relaks, begitu santai ! 
 
Tinggal sehari semalam lagi sebelum dia mati. Bermakna dia akan bebas dari segalamacam masalah Malam itu, dia memutuskan untuk makan malam di luar bersama keluarga di sebuah restoran. Sesuatu yang tidak pernah dilakukannya selama beberapa tahun kebelakangan ini. Kerana mengenangkan itu akan menjadi malam terakhirnya, pemuda tersebut ingin meninggalkan kenangan manis untuk anak isterinya. Sambil makan, dia bersenda gurau. Sebelum tidur, dia mencium dahi isterinya dan berbisik: “Sayang, abang mencintaimu.” Kerana malam itu adalah malam terakhir, ia ingin meninggalkan kenangan manis!

Esoknya bangun tidur, dia membuka jendela kamar, dan melihat ke luar. Tiupan angin pagi menyegarkan tubuhnya, mengodanya untuk berjoging. Pulang ke rumah setengah jam kemudian, dia lihat isterinya masih lena, barangkali diuliti mimpi indah fikirnya. Tanpa mengejutkannya, dia masuk ke dapur dan membuat dua cangkit kopi. Satu untuk dirinya, dan satu lagi untuk isterinya. Kerana pagi itu adalah pagi terakhirnya, dia ingin meninggalkan kenangan manis! Si isteri berasa aneh sekali, “abang, apa yang terjadi hari ini? Selama ini mungkin saya ada berbuat salah. Maafkan saya bang.”

Di pejabat, pemuda itu menyapa setiap orang, bersalaman dengan semua orang. Stafnya pun kehairanan. “Hari ini boskita mecam pelik je kan? Dan sikap mereka pun turut berubah Mereka pun menjadi lembut. Kerana siang itu adalah siang terakhir, dia ingin meninggalkan kenangan manis! Tiba-tiba segalasesuatu disekitarnya berubah. Dia menjadi ramah dan bertimbang rasa, bahkan menghargai pendapat-pendapat yang berbeza, tidak seperti sebelumnya. Tiba-tiba hidup menjadi indah dan dia mulai menikmatinya.

Pulang kerumah pukul 5 petang, isteri tercinta siap sedia menunggunya di laman. Kali ini, isterinya pula yang terlebih dahulu memberikan ciuman kepadanya: “abang, sekali lagi saya minta maaf kalau selama ini saya selalu menyusahkan abang” anak-anak pun tidak ketinggalan: “Abah, maafkan kami semua. Selama ini abah selalu tertekan dengan perangai kami.”
Tiba-tiba, sungai kehidupannya mengalir kembali. Tiba-tiba hidup menjadi sangat indah. Dia mengurungkan niatnya untuk membunuh diri. Tetapi bagaimana dengan setengah botol yang sudah diminum petang sebelumnya? Lalu dia kembali mendatangi sang guru. Melihat wajah pemuda itu, rupanya sang guru sudah tahu apa yang terjadi.

“Buang sahaja botol itu. Isinya air biasa. Kau sudah sembuh. Apabila kau hidup dengan kesedaran bahawa maut dapat menjemputmu bila-bila masa sahaja, maka kau akan menikmati setiap detik kehidupan. Leburkan egomu, keangkuhanmu, kesombonganmu. Jadilah lembut, selembut air. Dan mengalirlahbersama sungai kehidupan. Kau tidak jemu bosan. Kau akan berasa hidup. Itulah rahsia kehidupan. Itulah kunci kebahagiaan. Itulah jalan menuju ketenangan.”

Pemuda itu lalu mengucapkan terima kasih dan pulang ke rumahnya untuk mengulangi pengalaman malam sebelumnya. Konon dia masih mengalir terus, dia tidak pernah lupa hidup dalam kekinian. Itulah sebabnya dia selalu bahagia, selalu tenang dan selalu HIDUP!

Parents vs Children

Hello

ok...kali nie aku nak ckp pasal parenting skit..urrmm wat makes me wanna talk about tis is bcoz....of coz la sbb aku ada problem dgn parents aku..ngee...well aku tak faham y parents nk kena treat children mcm budak budak.....i mean im 20++ kemonn laaa.....y nk kena cakap macam they all betul all the time...CHOP! If ur children at the age 1 tp 7 its fine for me kalau nak marah nak ugut dengan rotan ke or watsoever...mmg depa takut la kan.then bila dah masuk age teenagers....u, parents have to admit that kids nowadays ada sifat berani yang tak macam budak dulu dulu...zaman 80an,70an tu semua..dunia dah berubah, zaman dah maju..kemon la....lagi2 yang dah masuk umor 20+ nie...parents.....nak marah boley, nak tegur boley tapi ikot situation la....u shuldnt scold ur child in front of other people...even diri kita sendiri tak suka dimarah depan orang lain.yang tu menunjukkan kelemahan diri sbb kita dah buat salah..kalau nak puji anak biarlah depan orang...bukan untuk dia bangga diri tapi at least bg dia rasa dihargai...setiap manusia akan happy bila rasa dihargai right? So y u shuld treat ur child macam kids yang belum baligh even dia dah 20+..even depan siblings yang lain...tak perlu lah nak tunjuk kuasa veto as a parents yang kononnya anak-anak akan takot sebab kena marah depan other siblings kan...budak-budak sekarang bukan macam budak-budak zaman retro dulu...kalau dia dah semakin besar...semakin boley fikir please see them as an individual..not as ur child sometimes..umor dia dah semakin meningkat, da masuk sekolah menengah..nak acah pakai rotan or jerit suruh dia duduk bila dia berdiri...macam tu?? jangan tekejut lah bila tiba-tiba dia tarik muka masam or hempuk segala barang yang ada kat tangan bila dilayan macam tu...budak dulu-dulu klau kita angkat rotan or beliakkan bijik mata ja dia dah kecut...duduk kat sudut dinding, tarik lulut rapat ke dagu tunduk pandang lantai sampai tembus bawah tanah..confirm! Kalau budak-budak sekarang kita acah macam tu, uurrmm silap-silap dia wat dekkk jaaa..dengan muka tak ada perasaan tu mcam nothing happen..klau kes yang lg teruk or lagi berani, mulalah mulut dia nk jerit sekaly...melawan..mak cakap ko A, dia balas saya B! Budak macam nie jangan dipaksa..ada cara nak communicate dengan teenagers skunk nie...maybe ada yang rasa budak nie tak makan saman...tp dah kalau kita tinggi suara dia pown tak nak kalah memang dua-dua la tak makan saman..! cuba buat heart to heart conversation dengan dia..ask him/her y they react like that, y they behave rudely to their own parents..and plis jangan kaitkan dia dengan kawan-kawan...mmg betul ada yang cakap nk tahu sifat seseorang tengok pada kawan-kawan dia..but personally I never trust that..hidup,hati,sifat,rasa lapar,rasa nak buang air semuanya bergantung dengan diri sendiri..kalau kita dah lapar tunggu kawan rasa nak makan baru kita ikot makan ka?? semestinya tidak! Setiap perlakuan, perbuatan kita bergantung pada hati kita..apa yang kita buat datang dari otak sendiri,gerak hati.memang kita tengok kawan dia smoking then dia ikot smoking jugak tapi at the first place of coz hati dia teringin nak buat macam kawan dia...jgn salahkan kawan anak-anak kalau nak rasa ur children close with u..anak-anak rasa dekat dengan kawan sbb sebaya 1 hal, then depa rasa kawan lebih senang faham dari parents..kawan tak marah, jerit and paksa depa dengar ckp..sometimes they themselves yang ikot cakap kawan2..tanpa disuruh okay..
so setiap anak berhak dilayan seperti seorang individu tak kira kecik or besar...memang diri kita hak allah, milik ibu bapa tapi as a human kita hidup atas dunia nie sebenarnya seorang diri dan kita berhak untuk tentukan arah tuju hidup kita sendiri..setiap kesalahan yang anak-anak buat akan jadikan diri lebih matang...jangan terlalu sekat setiap perlakuan anak dan buatkan anak memberontak..biar dia belajar hidup sebab ibu bapa, adik beradik, kawan-kawan, cikgu, bos or sapa ja tak akan selamanya hidup..1 hari kita juga akan ditinggalkan bukan???


~Life is short, make it Sweet~

Friday, 6 May 2011

kerja gila vs gila kerja

 Hai.....
saye mastah...punye keje... :D
Hidup aku dgn kerja macam isi dgn kuku...tak boley break up langsung! ciss...now its 7:35pm and me myself...juz sit silently and lookin at my desk...VG mastah! bnyak ye keje...bgos2..nk balik ahh!! babaiy

welcoming post ~ngeee~

ellow ellow....

well...today is my first day here in my own space..hehh hehh...setelah
dicouragekan(WTH)  oleh kwn saye...suhada subri..maka terjadilah blog ini...so wat 
else..today aku buat keja macam biasa...buzy like crazy...but i really cant wait for my 
assistant to come...hoho...homaigod..lapaaa...rindu nk mamam Nasik ayam..huhu :( ....n tis mownin aku tgk kat 8tv..our PM msuk konti Hot fm..mmg 1 of the gud way to get close wit all da listeners..bgosla nk dkt dgn rakyat mcm nie..at least bley la org2 biasa nie bg opinion or ask sumthng jugak...xdela reporters ja tnya kn...hehh hehh..btw...thnx a lot to Nadia sbb da remind aku about mother day today!!!! haaiiisshhh ingt kan 17th May...so nk buat suprise apa yaa for my mom n sister(future mommy) tu..?? idea! idea!..ciss..lmbat plak idea nie smpai...its
okayhh...idea xsmpai mamu yg sampai...hehh hehh...mkn tym...as usual...
juz
sit n eat :)
-Life's short,make it sweet-