Seorang pemuda berjumpa seorang tok guru sambil berkata “Guru, saya sudah bosan hidup, sudah jenuh betul.Rumah tangga saya berantakan. Apa pun yang saya lakukan selalu kacau. Saya ingin mati” guru tersenyum, “oh, kamu sakit”. “tidak guru, saya sihat. Hanya jenuh dengan kehidupan, Itu sebabnya saya ingin mati.” “Kamu sakit, dan penyakitmu itu dikenali sebagai alahan hidup. Kamu alergi terhadap kehidupan.”
Sang guru memang benar. Banyak sekali diantara kita yang alah terhadap kehidupan. Kemudian, tanpa disedari, kita melakukan hal-hal yang bertentangan dengan norma kehidupan. Hidup ini berjalan terus. Sungai kehidupan mengalir terus, tetapi kita menginginkan status quo. Kita berhenti dan tidak ikut mengalir. Itu sebabnya kita jatuh sakit, kita mengundang penyakit. Ketahannan kita, penolakan kita untuk mengalir bersama kehidupan membuat kita sakit. Yang namanya usaha pasti ada pasang surutnya. Dalam hal berumah tangga, perselisihan kecil itu lumrah. Persahabatan pun tidak selalunya kekal abadi. Kita tidak menyedari sifat kehidupan. Kita ingin mempertahankan suatu keadaan kemudian kita gagal, kecewa dan menderita.
“Penyakitmu boleh disembuhkan, asal kau ingin sembuh dan bersedia mengikuti petunjukku” Demikian kata guru.”Tidak guru, tidak. Saya sudah betul-betul jenuh. Tidak, saya tidak ingin hidup.” Pemuda itu menolak tawaran guru. “ Jadi kau betul-betul ingin mati?” “ Ya, memang saya sudah bosan hidup.” “Baiklah, kalau begitu esok engkau akan mati. Ambillah ubat ini. Setengah botol diminum malam ini, setengah botol lagi pukul 6 pagi esok. Engkau akan mati dengan tenangnya pada pukul 8 malam.” Pemuda itu pula yang menjadi bingung. Setiap guru yang didatangi selama ini cuba memberinya semangat untuk hidup. Yang satu ini aneh. Dia bahkan menawarkan racun. Tetapi kerana memang sudah betul-betul putus harap, pemuda itu menerimanya dengan senang hati. Pulang ke rumah dia terus menghabiskan setengah botol racun dan dia merasakan ketenangan yang tidak pernah dirasakannya sebelum ini. Begitu relaks, begitu santai !
Tinggal sehari semalam lagi sebelum dia mati. Bermakna dia akan bebas dari segalamacam masalah Malam itu, dia memutuskan untuk makan malam di luar bersama keluarga di sebuah restoran. Sesuatu yang tidak pernah dilakukannya selama beberapa tahun kebelakangan ini. Kerana mengenangkan itu akan menjadi malam terakhirnya, pemuda tersebut ingin meninggalkan kenangan manis untuk anak isterinya. Sambil makan, dia bersenda gurau. Sebelum tidur, dia mencium dahi isterinya dan berbisik: “Sayang, abang mencintaimu.” Kerana malam itu adalah malam terakhir, ia ingin meninggalkan kenangan manis!
Esoknya bangun tidur, dia membuka jendela kamar, dan melihat ke luar. Tiupan angin pagi menyegarkan tubuhnya, mengodanya untuk berjoging. Pulang ke rumah setengah jam kemudian, dia lihat isterinya masih lena, barangkali diuliti mimpi indah fikirnya. Tanpa mengejutkannya, dia masuk ke dapur dan membuat dua cangkit kopi. Satu untuk dirinya, dan satu lagi untuk isterinya. Kerana pagi itu adalah pagi terakhirnya, dia ingin meninggalkan kenangan manis! Si isteri berasa aneh sekali, “abang, apa yang terjadi hari ini? Selama ini mungkin saya ada berbuat salah. Maafkan saya bang.”
Di pejabat, pemuda itu menyapa setiap orang, bersalaman dengan semua orang. Stafnya pun kehairanan. “Hari ini boskita mecam pelik je kan? Dan sikap mereka pun turut berubah Mereka pun menjadi lembut. Kerana siang itu adalah siang terakhir, dia ingin meninggalkan kenangan manis! Tiba-tiba segalasesuatu disekitarnya berubah. Dia menjadi ramah dan bertimbang rasa, bahkan menghargai pendapat-pendapat yang berbeza, tidak seperti sebelumnya. Tiba-tiba hidup menjadi indah dan dia mulai menikmatinya.
Pulang kerumah pukul 5 petang, isteri tercinta siap sedia menunggunya di laman. Kali ini, isterinya pula yang terlebih dahulu memberikan ciuman kepadanya: “abang, sekali lagi saya minta maaf kalau selama ini saya selalu menyusahkan abang” anak-anak pun tidak ketinggalan: “Abah, maafkan kami semua. Selama ini abah selalu tertekan dengan perangai kami.”
Tiba-tiba, sungai kehidupannya mengalir kembali. Tiba-tiba hidup menjadi sangat indah. Dia mengurungkan niatnya untuk membunuh diri. Tetapi bagaimana dengan setengah botol yang sudah diminum petang sebelumnya? Lalu dia kembali mendatangi sang guru. Melihat wajah pemuda itu, rupanya sang guru sudah tahu apa yang terjadi.
“Buang sahaja botol itu. Isinya air biasa. Kau sudah sembuh. Apabila kau hidup dengan kesedaran bahawa maut dapat menjemputmu bila-bila masa sahaja, maka kau akan menikmati setiap detik kehidupan. Leburkan egomu, keangkuhanmu, kesombonganmu. Jadilah lembut, selembut air. Dan mengalirlahbersama sungai kehidupan. Kau tidak jemu bosan. Kau akan berasa hidup. Itulah rahsia kehidupan. Itulah kunci kebahagiaan. Itulah jalan menuju ketenangan.”
Pemuda itu lalu mengucapkan terima kasih dan pulang ke rumahnya untuk mengulangi pengalaman malam sebelumnya. Konon dia masih mengalir terus, dia tidak pernah lupa hidup dalam kekinian. Itulah sebabnya dia selalu bahagia, selalu tenang dan selalu HIDUP!