Berikan aku ketabahan jiwa dan kekuatan iman
untuk terus ku hadapi setiap rasa perit
dan kesakitan dari dia yang pernah kucintai
Ya Rabbul Izzati
Kau kurniakan hatiku cahaya
untuk ku jadikan tongkat menghampiriMu
Sesungguhnya aku manusia hina
UjianMu ini tak mampu kutanggung
DugaanMu melalui lelaki ini
tak dapat aku lalui dengan sepenuh kekuatan
Penantian suatu siksa yang
tidak tertanggung oleh tubuhku
Kepastian suatu penawar
dalam suka dan duka yang meniti hidupku
Aku masih di sini
Aku masih terus menjalani hidupku
mengandaikan tiada kesulitan
tiada kehampaan
tiada kesakitan yang kulalui
walau hakikathanya padaMu tempatku mengadu
Ya RahmanYa Rahim
Rahsia hatiku hanya ada padaMu
Kau pimpinlah tanganku Kau tuntunlah hatiku
yang semakin lemah kerana kasih sayang manusia
yang semakin alpa dengan nikmat dunia
yang semakin hancur kerana kedegilan dan cintaku padanya
Ampunkan hambaMu
Jauhi dia dariku
Kuatkan hatiku untuk terus berpaling darinya
Ya Allah
